Pelakon Wanita Asia Termahal Di Dunia,,Fan BingBing


PELAKON yang berasal dari China, Fan Bingbing telah menjadi satu-satunya wakil pelakon wanita dari benua Asia yang dimasukkan dalam senarai rasmi aktres paling mahal di dunia.
Menurut senarai yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, Fan Bingbing, 33; telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.
pham bang bang 2_clrj
Fan Bingbing, satu-satunya pelakon wanita yang bukan dari Amerika tersenarai dalam pelakon wanita termahal di dunia.
Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.
Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.
Dalam pada itu, Forbes menyenaraikan pelakon wanita yang berada di tangga pertama serta berjaya mengungguli carta tersebut adalah Jennifer Lawrence.
JLAW
Jennifer Lawrence mengungguli carta di tempat pertama dengan jumlah USD52 juta setahun.
Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.
Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.
Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.
SJ
Scarlette Johansson menduduki tangga kedua dengan jumlah USD35.5 juta.
Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).
Diikuti dengan pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.
GTY 451531010 E ACE ENT CEL CIN USA CA
Pelakon komedi, Melissa McCarthy, tersenarai di tangga ketiga dengan USD23 juta.
Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.
Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.
JA
Jennifer Aniston berada di tangga kelima dengan hasil kutipan USD16.5 juta.
Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.
Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber sepertiNielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.
Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta
2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta
3. Melissa McCarthy – AS$23 juta
4. Bingbing Fan – AS$21 juta
5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta
6. Julia Roberts – AS$16 juta
7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta
8. Reese Witherspoon – AS$15 juta
9. Anne Hathaway – AS$12 juta
10. Kristen Stewart – AS$12 juta
11. Cameron Diaz – AS$11 juta
12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta
13. Meryl Streep – AS$8 juta
14. Amanda Seyfried – AS$8 juta
15. Sandra Bullock – AS$8 juta
16. Emma Stone – AS$6.5 juta
17. Mila Kunis – AS$6.5 juta
18. Natalie Portman – AS$6 juta -
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam