Al fatihah !! Wajah Rusiah Suar Jemaah haji pertama Malaysia terkorban runtuhan kren

Sungkai : Rusiah Suar, 56, jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban dalam kejadian kren jatuh di Makkah - Jamil Khir

 Ikuti apa yang diceritakan oleh anak Arwah
Allahyarhamah bersama anak-anak 
"Saya berulang kali cuba menghubungi telefon bimbit emak tetapi gagal, ini menyebabkan saya bertambah risau," kata Nor Haizan Badri, 34, anak kepada Rusiah Suar, 56, seorang jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, kelmarin. 

Beliau berkata, keluarganya terkejut apabila pihak Lembaga Tabung Haji (TH) menghubungi mereka dan memaklumkan ibunya hilang membuatkan mereka sekeluarga berusaha menghubungi telefon bimbit Rusiah.


 "Sejak dimaklumkan oleh pihak TH mengenai kehilangan ibu, hati saya tidak tenang dan tenteram selagi belum tahu keadaan ibu yang sebenar di sana.



"Apapun saya mendoakan ibu selamat ditemui oleh pihak berkuasa dan TH. Saya berharap pihak TH memaklumkan segera apabila mendapat berita mengenai ibu selain memaklumkan perkembangan terkini," katanya ketika ditemui di rumahnya FELDA Gunung Besout 2 dekat sini, hari ini. 

Norhaizan berkata, ibunya yang juga ibu tunggal pergi menunaikan ibadat haji dengan ditemani rakannya dan dia sempat merakamkan gambar bersama ibunya itu ketika mereka berada di Pusat TH di Kelana Jaya sebelum ibunya berangkat ke Makkah.


 "Sepanjang perjalanan dari rumah sehingga Kelana Jaya, emak tidak menunjukkan apa-apa tanda dan masih boleh bergurau senda. 

"Sehari sebelum kejadian, saya juga sempat berbual dengan emak dan dia memaklumkan bahawa beliau sihat sepanjang berada di tanah suci dan gembira dapat menunaikan ibadat haji tahun ini setelah mendaftar dengan TH sejak tahun 2007," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Rusiah, Nor Baizura, 27, berkata beliau memang mengetahui kejadian kren tumbang namun tidak menyangka ibunya pula dilaporkan hilang selepas kejadian itu menyebabkan dirinya sedih mendengar berita itu. 

"Apabila dimaklumkan oleh kakak saya dan melihat di televisyen, memang saya terkejut dan tidak tahu berbuat apa-apa. "Saya sudah banyak kali menghubungi telefon emak tetapi gagal dan berharap pihak TH bekerjasama dengan pihak berkuasa di Makkah mencari emak secepat mungkin kerana kami sekeluarga di sini amat bimbang," katanya.


 Adik mangsa, Saiful Arifin Suar, 39, pula memaklumkan wakil pihak TH cawangan Slim River ada mengunjungi keluarganya di sini semalam untuk memaklumkan kehilangan Rusiah. -BH


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam