Dadah punca suspek sembelih nenek .. kini di reman tujuh hari

Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek kes sembelih nenek berusia 78 tahun di Kampung Surau Haji Daud, Cendering, Kuala Terengganu, semalam.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salim pada 10 pagi tadi.

Dalam kejadian semalam, Halimah Taib, 78, maut selepas ditetak cucunya yang berusia 33 tahun dan ditemui dalam keadaan terbaring oleh jirannya kira-kira 9.30 pagi.

Suspek dikatakan beredar meninggalkan tempat kejadian sambil membawa parang yang dipercayai digunakan untuk menetak warga emas itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan mendapat perintah reman terhadap suspek yang kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu sehingga 14 September ini. 

Dalam pada itu dadah atau pil kuda di percayai punca suspek bertindak sedemikian namun perkara ini masih disiasat pihak berwajib.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam