Gelora nafsu janda di malam Merdeka.



 Sepasangan kekasih menggunakan alasan ‘stres’ untuk melepaskan diri daripada ditahan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) cawangan Kluang dalam operasi bersepadu yang dijalankan sempena sambutan Ambang Kemerdekaan, awal pagi semalam.

Walaupun memberikan alasan menghadapi tekanan dalam perhubungan mereka dan ingin menyelesaikannya dalam bilik hotel tersebut, ia tidak mampu untuk mengaburi anggota JAIJ bagi membebaskan pasangan berkenaan.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, pasukan penguat kuasa yang diketuai oleh Anuar Kosnin mengambil masa selama lebih kurang lima minit untuk pasangan tersebut membuka pintu bilik selepas pihaknya memperkenalkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan ini merupakan seorang yang berstatus duda berumur 34 dan janda berusia 36 tahun itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

“Duda yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor Bahru itu memberikan alasan dirinya hanya menemani kekasihnya itu bagi menenangkan diri kerana mempunyai banyak masalah.

“Kekasihnya yang berasal dari Sarawak itu datang ke Kluang semata-mata mahu berjumpa anak lelaki berkenaan yang tinggal di Felda Kahang Timur,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 27(1a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1987 kerana berkhalwat yang membolehkan dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, pasangan tersebut di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Kluang untuk laporan tangkapan sebelum diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

“Mereka berdua juga diarahkan untuk melapor diri di Pejabat Agama Daerah Kluang untuk diambil keterangan masing-masing selain diberikan kaunseling,” katanya.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam