Hina mendiang polis wanita hukuman menanti Mat Rempit ini

Polis menahan seorang remaja lelaki kerana menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen yang meninggal dunai akibat dirempuh mat rempit dalam operasi sekatan jalan raya pada Ahad.

Tagum meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari Ahad semasa dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh seorang mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.

Suspek itu ditahan kerana membuat kenyataan menghina “Mampus juga kau … setelah sekian lama menyusahkan orang’ yang dimuatnaik di status Faceboknya.

polis-fb_Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu menerusi akaun twitternya dan mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kluang atas kejayaan menahan suspek itu.
“Syabas JSJ@PDRM Kluang yang berjaya tangkap orang yang menghina mendiang Inspektor Margaret-Trafik Kluang sebentar tadi (semalam),” katanya menerusi laman twitter rasminya.
Mayat mendiang Tagum akan dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.25 pagi dan dijangka tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 11.15 pagi Isnin.

Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital itu selepas dirempuh oleh seorang mat rempit pada pukul 2.40 pagi Ahad ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis. -PRU14

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman. -PRU14


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam