Sadis : Muka pecah dibelasah cubaan perkosa ..rompak lalu di campak ke longkang (5Gambar)

Kota Kinabalu : Seorang gadis yang muncul dengan kesan luka dan meminta bantuan mengejutkan perwakilan mesyuarat cawangan PBS di Penampang.
Gadis berusia 16 tahun itu mendakwa dia telah diserang dan dirompak selepas penyerang cuba merogolnya kira-kira pukul 9 malam Ahad.

Seorang perwakilan, Toffiny Winona Pisol, membuat posting di Facebook bahawa mereka sedang bermesyuarat di dewan Kg Koidupan apabila gadis itu muncul.




Toffiny berkata ketika ditanya tentang masalahnya, gadis itu memberitahu mereka dia hampir dirogol oleh seorang lelaki dan ditolak ke dalam longkang.

Dia berpura-pura 'mati' dan penyerang melarikan diri bersama beg tangannya.

Dia kemudiannya bangun dan berjalan ke dewan itu dan dibawa ke hospital oleh anggota polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Rosley Hobden ketika dihubungi berkata, mereka masih mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi. -Mstar
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam