Sedih : Semua yang saya impikan telah hilang - Bapa Aylan

TURKI, Jumaat – “Tiada apa yang saya mahukan lagi di dunia ini. Semua yang saya impikan telah hilang.” Itulah perkataan yang keluar daripada bapa kepada kanak-kanak Syria ketika menuntut mayat anak dan isteri untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Kobani, Syria.
Abdullah Kurdi rebah menangis apabila tiba di bilik mayat bandar Mugla berhampiran Bodrum,Turki di mana tempat anakya Aylan Kurdi ditemui terdampar pada Rabu lalu.
“Saya hanya mahu duduk bersebelahan kubur anak-anak dan isteri saya.
“Kami hanya mahukan perlindungan untuk melarikan diri dari negara kami yang berperang. Apa yang berlaku kepada kami di sini, kami mahu seluruh dunia melihatnya.
“Kami mahu perhatian dunia kepada kami, supaya mereka boleh mencegah dari ia berulang kembali kepada orang lain. Biarlah ini menjadi yang terakhir,” kata Kurdi ketika keranda keluarganya dimasukkan ke dalam van jenazah.
Abdullah Kurdi mengatakan dia menaiki sebuah bot gentian kaca kecil di Turki dengan 12 orang di atas kapal. Kapal itu telah dikendalikan oleh dua penyeludup, seorang Turki dan Syria, katanya. Ia sangat sesak.
“Saya berkata kepadanya, ‘Apakah kami mengosongkan bot? Adakah saya perlu turun dengan isteri dan anak saya?”
Salah satu penyeludup menjawab, “Tidak, tidak, ia adalah baik,” Abdullah menceritakan.
Katanya, ombak besar mula terhempas ke atas bot, dan ia kemudiannya dinaiki air menyebabkan mereka panik sebelum ia karam.
“Saya memegang tangan isteri saya. Anak-anak terlepas dari tangan saya. Kami cuba berpegang kepada bot.
“Keadaan sangat gelap, saya hanya dengar semua orang menjerit sehingga saya tidak dapat mendengar suara isteri dan anak-anak saya. Saya berada di dalam air selama 20 minit. Seorang demi seorang telah mati,” katanya.
Setakat ini, daripada kesemua 23 orang yang menaiki dua bot itu, lima kanak-kanak dan seorang wanita disahkan mati, tujuh orang telah diselamatkan manakala dua lagi berjaya ke pantai menggunakan jaket keselamatan.
Dua orang dilaporkan masih hilang.
Kejadian ini telah mendapat perhatian dunia khususnya rakyat Turki.
Sementara itu, Presiden Turki, Tayyip Erdogan membincangkan krisis tersebut dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande.
“Negara-negara Eropah, yang telah bertukar Mediterranean, tempat bermulanya tamadun tertua di dunia, ke tanah perkuburan untuk pelarian, berkongsi dosa bagi setiap pelarian yang kehilangan kehidupan mereka,” kata Erdogan dalam ucapan di Ankara.
Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dalam kenyataan di akaun Twitternya berkata, tindakan segera diperlukan bagi membela mereka. - ismaweb
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam