Video : Kenapa lalin begitu terdesak menipu di laman sosial .. mungkin kah kita sepertinya ?

Kebelakangan ini, media sosial menjadi ketagihan buat sebahagian besar masyarakat kita. Bukan sahaja di kota-kota pesat, pengaruhnya sudah terasa hingga ke setiap pelusuk tempat termasuk kawasan terpencil.
Adalah menjadi satu pemandangan biasa ketika kita melihat ramai orang di mana-mana tempat sekalipun sibuk dan terlalu fokus dengan gajet ataupun “smartphone” di tangan masing-masing. Ada yang memuatnaik gambar di laman sosial Instagram, ada yang memuatnaik status di Facebook dan bermacam-macam lagi.
Ada kalanya kita semua berasa lebih selesa apabila berinteraksi di media sosial jika hendak dibandingkan berkomunikasi di dunia realiti. Like, komen dari “followers” di media sosial membuatkan kita seolah-olah teruja dan bersorak gembira.Masalah yang berlaku sekarang ini dijadikan tema sebuah filem pendek komersial di Thailand. Filem pendek berjudul Lalin ini menyampaikan mesej dan kesedaran kepada seluruh masyarakat agar tidak terlalu bergantung terhadap dunia maya.
Filem komersial yang dihasilkan oleh Pornkasem Beauty Clinic ini membawakan  kisah tentang seorang gadis bernama Lalin. Ketika dia usia mudanya, Lalin sering dijauhi temannya dan menjadi mangsa buli kerana wajahnya yang comot dan tidak sehalus serta licin seperti gadis-gadis biasa.
Setelah menamatkan pelajaran, dia memutuskan untuk berhijrah ke Jepun kerana dia berfikir di sana merupakan tempat yang sesuai untuknya memulakan hidup baru.
Di sana, dia bebas memakai topeng yang menutupi sebahagian wajahnya. Tiada orang yang memandang aneh kelakuannya itu kerana di Jepun, memakai topeng muka sudah menjadi lumrah.
Dia juga selalu memuatnaik gambar wajahnya di Instagram tetapi dia menggunakan “beauty apps” agar wajahnya kelihatan sentiasa cantik dan dipuji oleh rakan di laman media sosialnya.
“Thai Net Idol in Japan,” itu adalah gelaran yang diberikan oleh followersnya di Instagram. Namun, semua kebahagiaan di dunia maya itu terhenti seketika selepas Lalin berkenalan dengan seorang jejaka bernama Nut.
Perkenalan dengan Nut menyedarkan Lalin bahawa masih ada yang lebih penting dan berharga jika hendak dibandingkan dengan  pujian dan sanjungan palsu di media sosial. Lalin juga merasakan masih ada lagi yang menyayangi dirinya walaupun dirinya kurang sempurna.
Saksikan video tentang perbezaan interaksi/komunikasi di dunia realiti dan dunia maya yang pastinya akan membuatkan anda tersedar dan menitiskan air mata. - Sajakongsi 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam