Video : Mat Rempit Crash di KESAS benar .. 4 orang cedera tiada kematian

Shah Alam: Beberapa video yang memaparkan mat rempit terjatuh beramai-ramai dalam satu perlumbaan haram di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat sini awal pagi semalam tidak membabitkan kematian seperti mana tersebar di media sosial.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansur berkata, sebaliknya mangsa hanya mengalami kecederaan.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mat rempit terbabit berlumba di lebuh raya itu sebelum terbabit kemalangan dengan kereta.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan empat mat rempit terjatuh namun polis hanya menerima laporan berhubung kejadian daripada pemandu kereta berkenaan.

"Pemandu kereta terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Klang Selatan petang tadi.

"Polis masih menjalankan siasatan terutama mengesan mereka yang terbabit dengan perlumbaan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu wakil penganjur ketika dihubungi turut menyatakan tiada kematian dalam kemalangan itu sebaliknya empat pelumba terjatuh dan cedera.
Foto FAKE kemalangan malam tadi .. Pemilik foto membuat laporan polis 
Katanya, gambar yang menjadi viral itu sebenarnya kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum ini.

"Video yang menjadi viral itu memang betul tetapi gambar terbabit adalah kemalangan beberapa bulan lalu di Lebuhraya Persekutuan dan tak sangka ia menjadi viral," katanya.- Harian Metro, Sukan Star 

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

    Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

    KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

    P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam