8Gambar : Ratu cantik Thai dinobatkan Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015

Ratu cantik Thailand Yada Theppanom, dinobatkan sebagai Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015 setelah mengalahkan 15 calon lain dari sembilan negara semalam.
Presiden dan pemilik pertandingan ratu cantik itu, Tan Sri Danny Ooi, memahkotakan wanita berusia 23 tahun itu.
Tempat kedua disandang wanita Filipina, Alexandra Mae Rosales manakala calon Indonesia, Falentina Cotton meraih tempat ketiga.






Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan pakej kursus tata rias.
Dalam pada itu, calon Malaysia, Joey Ong Ai, 25, meraih gelaran Ratu Persahabatan.
Selain itu, anugerah lain ialah calon terbaik dalam media sosial, pakaian kebangsaan, bakat serta Ratu Anggun.
 
Pertandingan ratu cantik tersebut merupakan acara kemuncak majlis Anugerah Pengangkutan dan Logistik Asean (ATLAS) 2015, anjuran bersama D'Touch International dan Centre of Asean Logistics Studies (CALS). – Bernama
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan