Sayu : Abang pergi dulu sayang .. tak sempat kita hendak berjumpa (6Gambar)

Hasrat seorang suami yang baru pulang dari belayar menjalankan tugas nya sebagai seorang Kapten kapal ingin berjumpa tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalagan awal pagi tadi.

ARTIKAL YG TERSIAR DI AKHBAR : 






DUNGUN : Seorang kapten kapal tunda maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan di Kilometer 101.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Masjid Hadari, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa Asulmi Mohamad @ Awang, 31, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu rakannya Ab Azim Ab Wahab, 28, hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di kiri jalan.
Susulan dari rempuhan tersebut mangsa yang bekerja di Pelabuhan Kerteh tersepit di tempat duduk penumpang hadapan hingga terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba yang dianggotai seramai lapan orang.
Mangsa berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian, bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketika kejadian mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dikatakan baru pulang belayar dari Batam, Indonesia serta dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu dari pelabuhan Kerteh.
Rakan mangsa Abdul Karim Aziz, 55, berkata beliau tidak menyangka kemalangan tersebut telah meragut nyawa rakan sekerjanya itu kerana kali terakhir mereka berjumpa pada Rabu lepas.
"Arwah baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi kapten kapal pada tahun lepas dan bila majikannya mengarahkan dia untuk pergi bertugas di sana, saya lihat dia sangat gembira dan beria-ia sangat hendak pergi.
"Minggu lepas sebelum pergi bertugas, dia ada mengadu badannya sakit-sakit dan tidak sangka itu merupakan perbualan kami yang terakhir sebelum dia naik ke sana dan pergi meninggalkan kami buat selamanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan rakannya turut menerima rawatan di hospital yang sama. - Bernama
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Masih MENCARI KERJA???

    Download laporan sulit ini sekarang.

    Teknik Berkesan Mencari Kerja!

    KLIK SINI ===> www.Kerjaya.xyz

    P/S: Peluang keemasan seperti ini jangan dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam