Sayu : Selamat jalan sayang .. lambaian terakhir Damia ..suami selalu berdoa untuk mati syahid hari jumaat (4Gambar)


Balik Pulau : Dua beranak yang rentung dalam kebakaran diKampung Nelayan, Teluk Kumbar di kebumikan dalam satu liang.

Jenazah Nazri Zainal Abidin, 29, bersama bayi perempuannya, Damia'ulaiyyah Salsabila, tiga bulan, dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, petang ini.

Allahyarham Nazri dan bayi perempuannya itu tiga bulan, maut selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran itu manakala lima ahli keluarga lain termasuk isterinya, Rosshina Abd Latif, 24, sempat menyelamatkan diri.
VIDEO KLIK SINI

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Che Gayah Mat Rawi, 76, yang ditemui Bernama, berkata dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising di luar rumah dan orang menjerit memberitahu berlaku kebakaran.

“Selepas dengar bunyi orang menjerit api api, mak cik terus bangun dan gerak (kejutkan) tiga cucu lelaki yang sedang tidur dengan mak cik di bilik bawah sebelum kami ambil kunci rumah dan keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya selepas itu, anak perempuan dan menantunya yang tidur di bilik di tingkat atas rumah mereka keluar menyelamatkan diri sebelum mangsa masuk semula ke dalam rumah selepas menyedari bayinya tertinggal.

“Ketika itu, api sudah marak dan membakar keseluruhan rumah saya dan jiran sebelah rumah memberitahu, menantu saya yang masuk untuk selamatkan anaknya tidak keluar dan kami mula rasa tidak sedap hati.

“Anak perempuan saya cuba untuk masuk tetapi pihak bomba menghalang dan tidak benarkan sesiapa masuk kerana api sedang marak. Mak cik sedih sangat bila melihat bomba keluarkan mayat menantu dan cucu mak cik,” katanya.-HM
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anda Masih MENCARI KERJA???

    Download laporan sulit ini sekarang.

    Teknik Berkesan Mencari Kerja!

    KLIK SINI ===> www.Kerjaya.xyz

    P/S: Peluang keemasan seperti ini jangan dilepaskan!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    BalasPadam