Halau Nyamuk menggunakan tanaman ini


Kuala Lumpur: Tumbuh-tumbuhan seperti bunga tahi ayam, serai wangi, lidah buaya dan tongkat Ali boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dalam usaha mencegah demam denggi dan jangkitan virus Zika.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga menamakan lima tumbuhan lain yang turut mempunyai fungsi sama iaitu akar wangi, bunga selasih, 'floramaster', mahogani atau mambu dan jeremin.
"KKM menyarankan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah lain untuk mencegah demam denggi dan jangkitan Zika sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.
"Antaranya menggunakan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan perumahan," kata KKM dalam kenyataan di Facebook.
Beberapa kajian oleh Zaridah et.al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011) di London, Pattanayak et.al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India mendapati tumbuhan itu juga boleh menghalau serangga lain.
Menurut KKM sepanjang minggu ke-40 tahun ini iaitu dari 2 hingga 8 Oktober lalu, 1,550 kes demam denggi dilaporkan, menurun 151 kes berbanding minggu ke-39 yang mencatatkan 1,701 kes.
Pada minggu ke-40 itu, empat kematian akibat demam denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian 190 berbanding 261 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.-sumber
Share on Google Plus

About Mohamad Hakimi

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan